Sunday, 20 August 2017

15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang


Bismillah...

Alhamdulillah. Diizinkan oleh Allah untuk menghabiskan pembacaan buku 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang karya Dr Azwira Abdul Aziz. Buku yang amat baik untuk dibaca bagi setiap muslim. Asas yang sering dilupakan. Pada pandangan saya, buku ini sesuai untuk perbincangan halaqah atau usrah pada peringkat awal. Berikut merupakan sinopsis ringkas mengenai buku ini:

15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang
  1. Utamakan Tanggungjawab 
  2. Yakin dengan Kebenaran Islam
  3. Menyertakan Ilmu dengan Amal
  4. Menjaga Amalan Zahir dan Batin
  5. Memenuhi Syarat Penerimaan Amalan
  6. Berbeza dengan Golongan Bukan Islam
  7. Menghayati Tuntutan Dua Kalimah Syahadah
  8. Berpegang teguh dengan Sunnah Nabi
  9. Menjauhi Bid'ah
  10. Jangan Perkecilkan Ajaran Agama
  11. Berpegang dengan Pegangan Salaf
  12. Mengaktifkan "Menara Kawalan Luaran dan Dalaman"
  13. Mengenali Musuh Utama
  14. Menguatkan Benteng Pertahanan Diri
  15. Memasang Angan-angan Islami

Saturday, 15 July 2017

Wanita dan Air Mata


Berkata seorang penyair :

تستطيع الشمس أن تجفف مياه المحيط، ولكنها لن تجفف دموع امرأة 

Sungguh... Hangatnya matahari itu mampu mengeringkan air di lautan akan tetapi tiada ia sekali-kali mampu mengeringkan airmata seorang manusia bernama wanita !

6 Syawal 1438H, Kg Semawang Beluran Sabah

Friday, 9 June 2017

Wanita, Ustaz Yasir Ramlee


Wanita berjiwa murni yang benar-benar ingin menjaga maruah diri dan peribadi akan menzahir sikap tersebut, melalui penampilan pakaiannya dan juga etikanya dalam bergaul.
Menutup aurat melalui pakaian yang syari'i adalah salah satu perkara dan jalan yang dapat memelihara aurat seorang wanita. Tetapi jika ia tidak bermula daripada jiwa dan niat yang benar, maka akan zahirlah perkara-perkara yang 'aneh'.
Tidaklah hairan jika ada yang bertudung labuh atau berniqab sekalipun, tetapi masih lagi suka memperagakan gambar atau tidak bergaul dengan cara yang syar'ii.
Bukan tudung atau niqab itu yang kurang atau perlu disalahkan, tetapi jiwa pemakainya itu yang perlu dibaiki dan diluruskan.
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ.
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (الأعراف:7)

-Ustaz Yasir Ramlee-



Wednesday, 17 August 2016

Perjalanan Menuju Ilahi

Keperitan mengajar erti kehidupan ,
Kepedihan satu pengajaran ,
Penderitaan membentuk kekuatan ,
Pembodohan kau tinggalkan .

Tangisan hanya di hati ,
Kekecewaan dipandang sepi .

Perjalanan menuju Ilahi ...
[ Sym , 1437H ]

Thursday, 7 April 2016

Perjalanan Hati

Tuhan, dengarlah hatiku
HambaMu yang lemah ini
Oh Tuhan bantulah aku
Menerima ujian dariMu...
Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu...
Perjalanan ini penuh berliku
Onak jua duri yang datang padaku
Moga ia akan tetap menjadikanku
Sentiasa bersamaMu...
Tuhan...
Tuhan,
Andai masih ku gagal
Untuk meneruskan kehidupanku
Teruslah membantuku
Sesungguhnya aku ingin selamat
Di dalam rahmatMu...
Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu...
Moga di hujung nanti manisnya ku rasai
Hikmah tersembunyi dari sakit diuji
Moga ia akan tetap menjadikanku sentiasa bersamaMu...
Tuhanku...


::Perjalanan Hati, Firdaus Moktar

Friday, 1 April 2016

KEBENARAN VS KEPALSUAN



Terkadang ku rasakan begitu sukar untuk menyebarkan kebenaran... Apatah lagi kebenaran itu hanya minoriti yg melakukannnya ... Namun, menyebarkan kepalsuan bagai senang ja aku nak sebar kerana majoriti yang melakukannya dan sememangnya aku tidak akan dikecam ... 'Hijrah' satu perjalanan , bukan 'destinasi'... "Aku juga pernah mengalaminya.. Aku juga kuat membangkang... Maybe lebih dasyat yang aku lakukan daripada kalian " Hanya kepada Allah kita memohon petunjuk kebenaran... Tunjukkilah kami jalan yg lurus... Tidak sesekali aku menghukum insan lain... Siapa aku nak hukum insan lain...Kerna ku tahu , Allah Maha Pengampun , Allah Maha Penyayang... #KembaliPadaAlQuranAsSunnah



Friday, 18 March 2016

"Dakwah dan Kita, Kita dan Dakwah"