Tuesday 1 September 2015

La Tahinu Qawi Lillahi Taala: Jawapan Kepada Persoalan

Sedetik dirasakan hati ini sudah cukup bersedia,
Sesaat diri ini merasa mampu melakukannya,
Seminggu sebulan aku mencuba terus mencuba,
Selamanya ak berharap untuk terus bisa buat sebaiknya.
Namun adakah fikiran membohongi hati atau sebaliknya,
Atau adakah hati mengelirukan akal untuk memikirkan sedemikian rupa.
Kerana hakikatnya hati ini masih lagi lemah,
Mengeluh bila kesusahan terserlah,
Berputus asa bila dilanda masalah,
Marah bila ada yang menegah,
Kecewa bila kegagalan menimpah,
Sehingga merasakan diri susah untuk terus istiqamah.
Lantas apa konklusinya?,
Lupakan masalah dan semuanya?,
Yakinkan diri aku boleh sebenarnya?,
Pujuk hati menerima kritikan yang melanda?,
Katakan pada diri ini semua tiada apa?,
Atau Patutkah aku berhenti setakat disini saja? 
-TQD ツv-