Friday 1 March 2013

Wallpaper Greenkaholic

Kata-kata Hikmah Dari Tsamaratulqolbi Daneen..


##Masa bercinta segala-galanya nampak indah,
sehingga lupa segala-galanya.
Bila  ditinggalkan baru terngadah,
 bahawa  ianya tak  seindah yang disangka.
##Sudah sekian lama aku menanti,
Namun kau tetap tidak kembali.
Sudah tiba masanya kini,
Untuk aku melepaskan rasa cinta ini.
##Bumi tak selalu basah,
Langit tak selalu cerah,
Bila hati dilanda resah,
Hanya kepadaMu Allah ku berserah.

##Bila kita mengharap cinta manusia,
Jangan kita lupa dan terleka,
bahawa sesungguhnya,
cinta Allah lebih berkuasa.

##Kesedihan yang kau tinggalkan padaku,
cukup membuat hatiku menjadi sayu,
Namun aku ingin kau tahu,
Diri ini sudah lama memaafkanmu.
##Mulanya kita bercinta dan bahagia,
Akhirnya kita terngadah dan berpisah,
Kerana kita sedar bahawa,
yang lebih indah ialah cinta selepas nikah.

##Ya Allah, show me right from wrong,
give me light ,make me strong,
i know the road is long,
please make me strong.
##Sungguh diri ini takut dan malu,
menanti tibanya masa depanku,
Tapi semua itu sudah lama berlalu,
berdamailah dengan masa lalu.

##,Ingatlah para muslimah,
Bila berpakaian jangan yang terdedah,
Jagalah diri jaga maruah,
Jangan sudah ditimpa tangga baru nak terngadah.

0 comments:

Post a Comment