Wednesday, 10 February 2016

Warkah Perjuangan Untuk Sahabat

 

Sahabat...
Jalan Juang ini sungguh perit
Terkadang terasa sakit
Penat dan lemah
Payah !
Kerna
Sahabatku...
Jalan Juang Jalan Pengorbanan
Bukan hanya pena cadangan
Tapi
Bau Hanyir laksana amanah
Pikul sebaik semampu boleh

Sahabat ...
Jalan Juang hadiah pertemuan
Dua hati satu persahabatan
Mendakap memancar kebenaran
Walau hati dibadai ujian.

Sahabat...
Istiqamah jadi pembakar
Walau syaitan sering cabar
Yakin pertolonganNya
Asal kita gapai RedhaNya

Sahabat ...
Andai aku futur
Jatuh tersungkur
Jauh dari Ilahi
Ketuk hati
Pimpini
Aku
Menuju
Yang Satu ...

Sahabat...
Andai ku bertemu Pencipta...
Tembak daku dengan Doa...
Dan satu harapan
Teruskan perjuangan...

Sahabat ...
Pertemuan hakiki hanya satu...
SYURGA ...
Layak kah kita ?
-the mOOn-

Sunday, 7 February 2016

Warkah Bisu Berbau Rindu

Buat Sahabat kami yang jauh tetapi dekat di hati... 

Dalam kebuntuan sebuah penantian,
Mencari kerinduan dalam pertemuan dan keikhlasan dalam persahabatan,
Yang sentiasa berlegar diingatan,
Namun tiada apa yang kami harapkan,
Selain dirimu kembali menggapai tangan,
Tangan kami sahabatmu yang lama kau tinggalkan,
Sehingga penantian itu sudah menjadi kebiasaan,
Mengiringmu doa kami hulurkan...

Pergi mu tanpa khabar,
Kembalinya dirimu juga tak terdengar,
Mencari khabarmu juga amat sukar,
Namun kami tetap menanti penuh sabar,
Kerana sesungguhnya persahabatan yang sebenar,
walau tiada sepatah kata; tidak bertemu muka; tiada aksi kejar mengejar,
Walau kau nun jauh disana tersasar,
Ikatan itu takkan pernah pudar...

Walau jalan tidak lagi selari,
Namun kami tetap teguh bediri menanti,
Kepulanganmu sangat dinanti-nanti,
Tak perlu dikesali atau ditangisi,
Kerana sahabat yang mengasihi,
Adalah sahabat yg memahami,
Walau permergian mu tidak berbunyi,
Namun kuat berkata dinaluri ini,
Kau juga merindui kami...

Tidak kami ketahui kenapa kau memilih untuk terus berdiam diri,
Pasti ada sebab disebalik perilaku tuan empunya diri,
Alasan yang kami sendiri tidak dapat untuk selami,
Kerana yang tahu cuma dirimu dan Ilahi,
Dan seandainya dirimu juga turut merasa apa yang kami rasai,
Itu sudah memadai dan mengubat kerinduan kami,
Kami tahu dirimu tidak pernah melupakan sahabatmu disini,
Doa kami sentiasa untukmu wahai sahabat yang dirindui...

Doa ikhlas kami buat dirimu,
Pakistinian, Arabican, gelaran kami buat drimu suatu ketika dulu,
Gurau senda tawamu selalu mengusik kalbu,
Membuat kami sentiasa mencari merindu,
Juga rindu menatap wajahmu yang ayu,
Semoga kenangan yang dibina tetap utuh bersatu,
Tidak ingin ianya berlalu,
Berlalu tanpa kehadiranmu wahai sahabat yang dirindu....

Berharap semoga engkau masih ingat wahai sahabat yang diingati selalu,
Dahulu dikala sedihmu kami disisimu,
Dikala gembiramu kami juga masih disitu,
Kini walau jauh dimata, tetap kami ingin kongsikan bersama suka dukamu,
Dan ingatlah walau kau jauh beribu batu,
Walau bertahun tiada khabar darimu,
Kami tetap setia disini menunggu,
Kerana WE WILL ALWAYS LOVE YOU! 

Kami Sahabatmu,
-PCL,Stitch & tQd-


Thursday, 4 February 2016

Hati, Cinta & DIA

Indahnya cinta bila diletakkan pada tempatnya..
Cinta aku kita milik Dia Yang Esa... 
Semoga Dia memberi cinta kita kepada dia...
Memberi cinta dia kepada kita...

Teruskan perjuangan dijalan yang Allah redha, 
Bila sampai waktunya tepat pada masanya,
Akan Allah hadirkan dirinya untuk kita, 
Peneman kita hingga ke syurgaNya.


Engkau perhiasan dunia, 
Zamrud hati permata cinta kristal jiwa, 
Tidak mudah tergoda dengan kata dan lirikan pria, 
Hanya mencari ikatan dalam IMAN dan TAKWA, 
Kerana dirimu begitu berharga, 
Dahaga kepada keredhaan Allah dan pahalaNYA.


Hatiku pada suamiku, 
Hatinya padaku juga pada si ibu,
Hati kami milik Tuhan yang Satu, 
Allah Pemilik cinta itu.


Cinta itu makhluk Tuhan, 
Penuh keajaiban, 
Penuh kehairanan, 
Penuh kenikmatan, 
Penuh kesakitan, 
Penuh kesyahduhan, 
Penuh keharmonian, 
Namun cinta tetap keperluan, 
Tanpa cinta pincanglah alam.


Dalam jantung hati manusia itu, 
ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan, 
Melainkan dengan menghadap Allah SWT.


Ikhlas itu perlu waktu, 
Takkan hadir sekelip mata, 
Belajar ikhlaskan dirimu, 
Ketenangan dalam HATi pasti kau rasa...


Rindu itu anugerah daripada Allah, 
Setiap insan mempunyai rasa rindu,
Serahkan rindumu terhadap dia kepada Allah, 
Kerana dia milik Tuhan yang Satu... 


Berikan cintamu kepada DIA, 
DIA serahkan cintanya kepadamu, 
Letakkan kesetiaanmu padaNYA, 
Setianya padamu seputih salju.. 


Ada yang datang mendekati, mendampingi dan melewati, 
Masing-masing punya rasa dihati, 
Namun jarang ada yang berani tampil diri,
Untuk terus berjumpa si wali, 
Cinta itu tak perlu dinanti tercari-cari,
Kerana Jodoh sudah ditetapkan oleh Ilahi... 


Friday, 27 November 2015

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Ini bukan coretan buah hati semata-mata
Tetapi teguran nasihat dan pengajaran yang perlu diambil bersama
Agar bersama kita menjadi orang berguna
Tak lupa kewajiban kita sebagai HambaNya
Tak lalai dan leka dengan keseronokon dunia yang fana
Ingatkan diri akhiratlah yang kekal selamanya
Bersama kita amalkan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya...
 
Andai ada yang terasa hati maaf dipinta
Tetapi andai kau tidak salah mengapa perlu terasa
Namun jika kau terasa pun tidak bermakna kau salah
Dan walaupun kata-kataku tidaklah setajam mana
Hanya setajam pisau yang patah hujungnya
Yang jarang cucukannya tembus mengena
Namun aku harap hirisannya tetap mampu membawa luka yang ada kesannya...
 
Luka yang kita ubati dengan sentiasa mengingati Allah SWT...
 
Allahu Akhbar! Subhanallah! Alhamdulillah! La Ilaha Illallah! La hawla wala quwwata illa billahi'l Aliyyi'l Adhim!
 
::Aku menulis, keranaNya, untukku, untukmu..
 
-TQD ツv-

Monday, 23 November 2015

Jumpa Di Mahkamah

"Jumpa Di Mahkamah"
 
Siapakah yang selalunya mengatakan ayat ini?
Siapakah yang sepatutnya menyuarakan kata-kata ini?
Orang yang yakin dirinya tidak bersalah?
Yang mengaku dirinya bercakap benar?
Yang rasakan dirinya berkuasa?
Yang merasa dirinya lemah?
Yang yakin kebenaran akan memihak kepadanya?
Yang tidak tahu mahu buat apa?
 
Berani kerana benar, takut kerana salah!
Menang tidak bermakna kau benar!
Kalah tidak bererti kau bersalah!
Disini cuma hukum dunia!
Belum lagi balasan di akhirat sana!
Apapun terjadi, kepada Allah kita berserah!
Allah bersama hambanya yang bersabar! 
Tiada dan upaya melainkan dengan pertolonganNya! 
 
::Allah itu Adil... Di akhirat kelak, yang bersalah akan kalah, yang benar akan Menang. ALLAH Maha Adil!. Andai didunia kita ditakdirkan kalah, ingatlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Cukuplah Allah penolong kita dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Allahu Akhbar! 
 
-TQD ツv-


Dia yang Tersakiti Disakiti

Dia yang tersakiti,
Kerana meletakkan cinta bukan pada tempatnya,
Memberi cinta ketika belum tiba masanya,
Lupa jodoh telah Allah sediakan untuk dia,
Terus terbuai dengan kata manis jejaka...

Dia yang tersakiti,
Kerana suami ingkar pada semua janji,
Janji yang diucap saat dia dinikahi,
Dia sering dibohongi dan dicurangi,
Disakiti dan dikasari sesuka hati..

Dia yang tersakiti,
Seorang wanita seorang isteri,
Salahnya terlalu awal memberi,
Salahnya terlalu mempercayai,
Silapnya bila cinta kepada manusia, melebihi cinta kepada Ilahi...!

Kau yang tersakiti,
Takkan kau kecewa bila kau dicurangi dibohongi,
Andai cintamu lebih kepada Ilahi,
Kerana dia juga milik Allah yang hakiki,
Takkan kau tersakiti andai kau yakin ada hikmah disebalik ujian yang diberi...

Kau yang tersakiti,
Tetapi kau yang tersakiti,
Bukan aku yang mengalami,
Tetapi sebagai wanita aku memahami,
Tak perlu kau tangisi apa yang terjadi...

Kau yang tersakiti,
Ini ujian dari Allah untuk menguji,
Tahap mana iman dihati,
Seteguh mana Allah kau percayai,
Secinta mana kau kepada Illahi melebihi dia yang kau sayangi...

Yakinlah Allah sentiasa berada disisi hambaNya,
Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolonganNya,
Takkan Allah menguji melebihi keupayaan yang kau ada,
Jangan lemah dan kuat lah kerana Dia, Sang Pencipta,
Bukan kerana dia yang bergelar manusia.. .

Dan kau yang menyakiti!
Wanita dicipta bukan untuk kau sakiti dan kasari,
Tetapi untuk dijaga dan disayangi,
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI dan SUAMI... !

::Nota Hati TQD

-TQD ツv-

"Jika Jiwamu tulus kerana Ilahi, pasti lurus perananmu sebagai lelaki" Dipetik daripada kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi....


Thursday, 19 November 2015

Man Proposes Allah Disposes

Ada yang datang mendekati
Dengan niat untuk mengenali sesama sendiri
Tak kenal maka tak cinta alasan diberi..
Ada yang datang menghampiri
Meluahkan cinta di hati
Yang kononnya lama dipendam sehingga kini..
Ada yang datang mendampingi
Hanya untuk menjadi sahabat sejati
Tiada niat untuk menikahi..
Ada yang datang mendekati
Tetapi sekadar menjadi pemerhati
Kerana takut cinta ditolak tepi..
Ada yang datang menghampiri
Tetapi hanya berdiam diri
Memohon dalam hati semoga Allah tautkan hati..
Ada yang datang melewati
Kerana dia ingin terus bertemu si wali
Untuk menyatakan hasrat dihati...


:: Persoalannya siapa yang akan dipilih? Kita milik Allah. Yang menciptakan hati kita adalah Allah dan yang menumbuhkan rasa cinta dihati kita juga  adalah Allah. Seandainya yang datang itu semua bukan yang kita suka dan bukan pilihan hati kita, tetapi andai Allah telah tetapkan seseorang daripada mereka itu jodoh kita, maka Allah akan gerakkan hati kita, menumbuhkan rasa cinta kita kepada orang itu. Begitu juga sebaliknya. Andai orang yang kita suka juga mendekati dan mencintai kita, belum tentu dia adalah jodoh kita.  Kerana yang kita rasa terbaik bagi kita belum tentu adalah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui apa dan siapa yang terbaik untuk diri kita. Jadi jangan terlalu awal memberi sebelum tiba masanya, kawal perasaan, minta petunjuk dari Allah, solat istikarah dan apabila sudah sampai masanya, Insya Allah, dengan kekuasaanNya akan membuahkan rasa cinta dihati kita buat seseorang yang Allah telah jodohkan untuk kita dan sebaliknya... Sabar dan Yakin dengan Allah Swt...
-TQD ツv-