Saturday, 15 July 2017

Wanita dan Air Mata


Berkata seorang penyair :

تستطيع الشمس أن تجفف مياه المحيط، ولكنها لن تجفف دموع امرأة 

Sungguh... Hangatnya matahari itu mampu mengeringkan air di lautan akan tetapi tiada ia sekali-kali mampu mengeringkan airmata seorang manusia bernama wanita !

6 Syawal 1438H, Kg Semawang Beluran Sabah

Friday, 9 June 2017

Wanita, Ustaz Yasir Ramlee


Wanita berjiwa murni yang benar-benar ingin menjaga maruah diri dan peribadi akan menzahir sikap tersebut, melalui penampilan pakaiannya dan juga etikanya dalam bergaul.
Menutup aurat melalui pakaian yang syari'i adalah salah satu perkara dan jalan yang dapat memelihara aurat seorang wanita. Tetapi jika ia tidak bermula daripada jiwa dan niat yang benar, maka akan zahirlah perkara-perkara yang 'aneh'.
Tidaklah hairan jika ada yang bertudung labuh atau berniqab sekalipun, tetapi masih lagi suka memperagakan gambar atau tidak bergaul dengan cara yang syar'ii.
Bukan tudung atau niqab itu yang kurang atau perlu disalahkan, tetapi jiwa pemakainya itu yang perlu dibaiki dan diluruskan.
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ.
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (الأعراف:7)

-Ustaz Yasir Ramlee-