##Masa bercinta segala-galanya nampak indah, sehingga lupa segala-galanya. Bila ditinggalkan baru terngadah, bahawa ianya tak seindah yang disangka. |
##Sudah sekian lama aku menanti, Namun kau tetap tidak kembali. Sudah tiba masanya kini, Untuk aku melepaskan rasa cinta ini. |
##Bumi tak selalu basah, Langit tak selalu cerah, Bila hati dilanda resah, Hanya kepadaMu Allah ku berserah. |
##Bila kita mengharap cinta manusia, Jangan kita lupa dan terleka, bahawa sesungguhnya, cinta Allah lebih berkuasa. |
##Kesedihan yang kau tinggalkan padaku, cukup membuat hatiku menjadi sayu, Namun aku ingin kau tahu, Diri ini sudah lama memaafkanmu. |
##Mulanya kita bercinta dan bahagia, Akhirnya kita terngadah dan berpisah, Kerana kita sedar bahawa, yang lebih indah ialah cinta selepas nikah. |
##Ya Allah, show me right from wrong, give me light ,make me strong, i know the road is long, please make me strong. |
##Sungguh diri ini takut dan malu, menanti tibanya masa depanku, Tapi semua itu sudah lama berlalu, berdamailah dengan masa lalu. |
##,Ingatlah para muslimah, Bila berpakaian jangan yang terdedah, Jagalah diri jaga maruah, Jangan sudah ditimpa tangga baru nak terngadah. |
0 comments:
Post a Comment