Wednesday 4 November 2015

Kegagalan yang Tersembunyi

Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis...
 
Setiap orang yang bergelar pelajar mahukan kejayaan. Hari ini, terfikir nak kongsi pengalaman aku sebagai seorang yang bergelar  pelajar dari tahun 1999-2015... Lebih kurang 17 tahun sejak dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.
 
1999- Bermula di peringkat sekolah rendah, aku sudah kenal erti kegagalan iaitu semasa darjah 4 disebabkan aku gagal subjek BM, maka keputusan keseluruhan yang tercatat di buku rekod yang ditandatangani oleh ibubapaku adalah "Gagal". Tetapi Alhamdulillah, untuk peperiksaan UPSR, Allah bagi lulus semua. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
 
2005- Bermula sebagai pelajar tingkatan 1 yang memiliki keputusan UPSR "jayyid jiddan", maka adalah insan-insan yang ingin mendekati untuk berkawan. Namun, sungguh UPSRku tidak menjanjikan kelulusan untuk subjek2 sekolah menengah. YA! Bermula daripada tingakatan 1, 2 dan 3, aku gagal, gagal dan gagal banyak subjek. Tidak hairan insan-insan yang dulu mendekati kian menjauhi. Masuk tingkatan 3, Alhamdulillah, kesedaran itu sedikit mula ada kerana suasana kelas itu berbeza berbanding 2 tahun lepas. Maka dengan itu untuk PMR, aku lulus dengan keputusan "cukup2 makan". Alhamdulillah..
 
2008/2009- Masuk tingkatan 4, dapat masuk aliran sains tulen. Di situ juga aku bermula dengan kegagalan apabila untuk ujian pertama matematik dan sejarah, aku gagal. Dua subjek yang agak cemerlang kegagalanku berbanding subjek lain. Bila diri sentiasa gagal, kecewa dan rasa putus asa itu pasti ada. Namun, Alhamdulillah, Allah kirimkan seorang yang bergelar Guru, yang sentiasa memberi motivasi yang positif kepada kami. Yang nampak kesungguhannya dan keikhlasannya dalam menyampaikan ilmu. Alhamdulillah, untuk SPM, semua lulus walaupun subjek2 sains tidak seberapa. Maka buat pertama kalinya dalam 5 tahun, Allah bagi aku peluang untuk berada di atas pentas SMKB untuk menerima Anugerah sebelum aku meninggalkan sekolah tersebut. Ya, anugerah itu bukan apa-apa tetapi sejujurnya bagi diriku yang selalu gagal dan selalu berada di belakang ini, rasa bersyukur kerana diberi peluang tersebut. Sungguh, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui.
 
Dengan keputusan SPM itu lah, diri ini meneruskan perjalanan sebagai pelajar di peringkat universiti. Ukur baju di badan sendiri, sudah pasti jurusan yang diambil bukan bidang sains. 2010-2012 sambung diploma. Alhamdulillah, berjaya habiskan pengajian. 2013, Allah beri rezeki lagi untuk sambung belajar peringkat ijazah dan Alhamdulillah, setiap semester dapat keputusan seperti yang diinginkan dan Mei 2015, officially graduated!
 
Niat dihati pasti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Namun keadaan tidak mengizinkan tetapi tidak mengapa, kerana ilmu ada dimana-mana2. Insya Allah, andai suatu hari nanti Allah bagi peluang, akan aku teruskan perjuangan.
 
Setelah hampir 17 Tahun menjadi pelajar, diri ini tertanya-tanya juga adakah selama ini aku menjalankan kewajibanku sebagai seorang yang Islam?. Ya. Ya?. Ya!! Ya???. Allahualam. Tidak menjalankan kewajiban dan suruhan Allah, tetapi berjaya?  ISTIDRAJ. Nikmat yang Allah berikan kepada manusia yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya. Tetapi tidak akan membuat manusia lebih bersyukur, bahkan akan membuat manusia itu jauh daripada Allah. Apa kejayaan dengan cara ini yang kita mahu? Nauzubillah. Semoga kita diberikan nikmat kejayaan yang diredhai Allah. Subhanallah..
 
Untuk adik-adik, terutama yang merasa dirinya selalu gagal, jangan pernah berputus asa. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. "Kurang bijak" bukan alasan dan bukan punca kegagalan. Yang penting, DOA dan USAHA. Disebalik kejayaan itu pasti ada rahsianya. Andainya kita ditakdirkan mendapat keputusan yang cemerlang itu sebenarnya daripada ALLAH, dan seandainya ditakdirkan kegagalan, itu juga daripada ALLAH. TETAPI kita kena ingat, walau kita  cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya. Gagal atau lulus, Allah telah tetapkan rezeki masing-masing. Yang penting, kita sudah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang Allah kurniakan.
 
Dan, kegagalan kita yang sebenar sebagai seorang pelajar bukan bermula daripada kegagalan dalam peperiksaan, tetapi bermula apabila kita gagal menjadi pelajar muslim yang muslim. Kita gagal menjadi pelajar muslim yang belajar kerana Allah. Ada yang belajar bersungguh-sungguh tetapi solat ditinggalkan dan kalau yang wajib sudah ditinggalkan apatah lagi yang sunat. Ada juga yang solat tetapi sering melewat-lewatkan kerana lebih memilih untuk belajar dahulu. Sebagai orang Islam, kita ada kewajiban yang perlu dilaksanakan. Antaranya Rukun Islam yang kedua, Solat lima waktu sehari semalam. Hayya alal Falah, Marilah menuju kejayaan. Sekiranya seruan azan untuk menunaikan solat pun kita abaikan, bagaimana kejayaan itu kita mahu dapatkan. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan daripada Allah SWT.
 
Semuanya bermula dengan niat. Check niat kita belajar untuk apa. Sudah pastinya kita belajar "Lillahi Taa'la". Kalau niat kita betul, lulus atau gagal kita akan sentiasa bersyukur dengan Allah. Seandainya niat kita lain selain daripada untuk Allah, ubah niat kita, perbaharui niat kita kerana apapun yang kita lakukan di dunia ini semuanya kerana Allah. Kerana kewajiban kita sebagai hambanya untuk beribadat kepadaNya.
 
Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (Adz-Dzariyaat 51: 56)
 
Set niat kita belajar kerana Allah, laksanakan tanggungjawab kita sebagai pelajar islam yang islam, doa dan minta pertolongan daripada Allah, teruskan berusaha dan jangan pernah putus asa dan tawakal. Insya Allah, kejayaan yang sebenar milik kita.. Semuanya dengan Izin Allah SWT.... Insya Allah, Alhamdulillah, Subhanallah.. Allahu Akhbar...
 
::Nota Hati Seorang Pelajar yang pernah gagal... gagal menjadi pelajar Muslim yang sebenar..
 
-TQD ツv-



0 comments:

Post a Comment