Dia yang tersakiti,
Kerana meletakkan cinta bukan pada tempatnya,
Memberi cinta ketika belum tiba masanya,
Lupa jodoh telah Allah sediakan untuk dia,
Terus terbuai dengan kata manis jejaka...
Dia yang tersakiti,
Kerana suami ingkar pada semua janji,
Janji yang diucap saat dia dinikahi,
Dia sering dibohongi dan dicurangi,
Disakiti dan dikasari sesuka hati..
Dia yang tersakiti,
Seorang wanita seorang isteri,
Salahnya terlalu awal memberi,
Salahnya terlalu mempercayai,
Silapnya bila cinta kepada manusia, melebihi cinta kepada Ilahi...!
Kau yang tersakiti,
Takkan kau kecewa bila kau dicurangi dibohongi,
Andai cintamu lebih kepada Ilahi,
Kerana dia juga milik Allah yang hakiki,
Takkan kau tersakiti andai kau yakin ada hikmah disebalik ujian yang diberi...
Kau yang tersakiti,
Tetapi kau yang tersakiti,
Bukan aku yang mengalami,
Tetapi sebagai wanita aku memahami,
Tak perlu kau tangisi apa yang terjadi...
Kau yang tersakiti,
Ini ujian dari Allah untuk menguji,
Tahap mana iman dihati,
Seteguh mana Allah kau percayai,
Secinta mana kau kepada Illahi melebihi dia yang kau sayangi...
Yakinlah Allah sentiasa berada disisi hambaNya,
Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolonganNya,
Takkan Allah menguji melebihi keupayaan yang kau ada,
Jangan lemah dan kuat lah kerana Dia, Sang Pencipta,
Bukan kerana dia yang bergelar manusia.. .
Dan kau yang menyakiti!
Wanita dicipta bukan untuk kau sakiti dan kasari,
Tetapi untuk dijaga dan disayangi,
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI dan SUAMI... !
::Nota Hati TQD
-TQD ツv-
"Jika Jiwamu tulus kerana Ilahi, pasti lurus perananmu sebagai lelaki" Dipetik daripada kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi....
0 comments:
Post a Comment