Sunday, 7 February 2016

Warkah Bisu Berbau Rindu

Buat Sahabat kami yang jauh tetapi dekat di hati... 

Dalam kebuntuan sebuah penantian,
Mencari kerinduan dalam pertemuan dan keikhlasan dalam persahabatan,
Yang sentiasa berlegar diingatan,
Namun tiada apa yang kami harapkan,
Selain dirimu kembali menggapai tangan,
Tangan kami sahabatmu yang lama kau tinggalkan,
Sehingga penantian itu sudah menjadi kebiasaan,
Mengiringmu doa kami hulurkan...

Pergi mu tanpa khabar,
Kembalinya dirimu juga tak terdengar,
Mencari khabarmu juga amat sukar,
Namun kami tetap menanti penuh sabar,
Kerana sesungguhnya persahabatan yang sebenar,
walau tiada sepatah kata; tidak bertemu muka; tiada aksi kejar mengejar,
Walau kau nun jauh disana tersasar,
Ikatan itu takkan pernah pudar...

Walau jalan tidak lagi selari,
Namun kami tetap teguh bediri menanti,
Kepulanganmu sangat dinanti-nanti,
Tak perlu dikesali atau ditangisi,
Kerana sahabat yang mengasihi,
Adalah sahabat yg memahami,
Walau permergian mu tidak berbunyi,
Namun kuat berkata dinaluri ini,
Kau juga merindui kami...

Tidak kami ketahui kenapa kau memilih untuk terus berdiam diri,
Pasti ada sebab disebalik perilaku tuan empunya diri,
Alasan yang kami sendiri tidak dapat untuk selami,
Kerana yang tahu cuma dirimu dan Ilahi,
Dan seandainya dirimu juga turut merasa apa yang kami rasai,
Itu sudah memadai dan mengubat kerinduan kami,
Kami tahu dirimu tidak pernah melupakan sahabatmu disini,
Doa kami sentiasa untukmu wahai sahabat yang dirindui...

Doa ikhlas kami buat dirimu,
Pakistinian, Arabican, gelaran kami buat drimu suatu ketika dulu,
Gurau senda tawamu selalu mengusik kalbu,
Membuat kami sentiasa mencari merindu,
Juga rindu menatap wajahmu yang ayu,
Semoga kenangan yang dibina tetap utuh bersatu,
Tidak ingin ianya berlalu,
Berlalu tanpa kehadiranmu wahai sahabat yang dirindu....

Berharap semoga engkau masih ingat wahai sahabat yang diingati selalu,
Dahulu dikala sedihmu kami disisimu,
Dikala gembiramu kami juga masih disitu,
Kini walau jauh dimata, tetap kami ingin kongsikan bersama suka dukamu,
Dan ingatlah walau kau jauh beribu batu,
Walau bertahun tiada khabar darimu,
Kami tetap setia disini menunggu,
Kerana WE WILL ALWAYS LOVE YOU! 

Kami Sahabatmu,
-PCL,Stitch & tQd-


0 comments:

Post a Comment