Wednesday, 4 November 2015

Kegagalan yang Tersembunyi

Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis...
 
Setiap orang yang bergelar pelajar mahukan kejayaan. Hari ini, terfikir nak kongsi pengalaman aku sebagai seorang yang bergelar  pelajar dari tahun 1999-2015... Lebih kurang 17 tahun sejak dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.
 
1999- Bermula di peringkat sekolah rendah, aku sudah kenal erti kegagalan iaitu semasa darjah 4 disebabkan aku gagal subjek BM, maka keputusan keseluruhan yang tercatat di buku rekod yang ditandatangani oleh ibubapaku adalah "Gagal". Tetapi Alhamdulillah, untuk peperiksaan UPSR, Allah bagi lulus semua. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
 
2005- Bermula sebagai pelajar tingkatan 1 yang memiliki keputusan UPSR "jayyid jiddan", maka adalah insan-insan yang ingin mendekati untuk berkawan. Namun, sungguh UPSRku tidak menjanjikan kelulusan untuk subjek2 sekolah menengah. YA! Bermula daripada tingakatan 1, 2 dan 3, aku gagal, gagal dan gagal banyak subjek. Tidak hairan insan-insan yang dulu mendekati kian menjauhi. Masuk tingkatan 3, Alhamdulillah, kesedaran itu sedikit mula ada kerana suasana kelas itu berbeza berbanding 2 tahun lepas. Maka dengan itu untuk PMR, aku lulus dengan keputusan "cukup2 makan". Alhamdulillah..
 
2008/2009- Masuk tingkatan 4, dapat masuk aliran sains tulen. Di situ juga aku bermula dengan kegagalan apabila untuk ujian pertama matematik dan sejarah, aku gagal. Dua subjek yang agak cemerlang kegagalanku berbanding subjek lain. Bila diri sentiasa gagal, kecewa dan rasa putus asa itu pasti ada. Namun, Alhamdulillah, Allah kirimkan seorang yang bergelar Guru, yang sentiasa memberi motivasi yang positif kepada kami. Yang nampak kesungguhannya dan keikhlasannya dalam menyampaikan ilmu. Alhamdulillah, untuk SPM, semua lulus walaupun subjek2 sains tidak seberapa. Maka buat pertama kalinya dalam 5 tahun, Allah bagi aku peluang untuk berada di atas pentas SMKB untuk menerima Anugerah sebelum aku meninggalkan sekolah tersebut. Ya, anugerah itu bukan apa-apa tetapi sejujurnya bagi diriku yang selalu gagal dan selalu berada di belakang ini, rasa bersyukur kerana diberi peluang tersebut. Sungguh, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui.
 
Dengan keputusan SPM itu lah, diri ini meneruskan perjalanan sebagai pelajar di peringkat universiti. Ukur baju di badan sendiri, sudah pasti jurusan yang diambil bukan bidang sains. 2010-2012 sambung diploma. Alhamdulillah, berjaya habiskan pengajian. 2013, Allah beri rezeki lagi untuk sambung belajar peringkat ijazah dan Alhamdulillah, setiap semester dapat keputusan seperti yang diinginkan dan Mei 2015, officially graduated!
 
Niat dihati pasti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Namun keadaan tidak mengizinkan tetapi tidak mengapa, kerana ilmu ada dimana-mana2. Insya Allah, andai suatu hari nanti Allah bagi peluang, akan aku teruskan perjuangan.
 
Setelah hampir 17 Tahun menjadi pelajar, diri ini tertanya-tanya juga adakah selama ini aku menjalankan kewajibanku sebagai seorang yang Islam?. Ya. Ya?. Ya!! Ya???. Allahualam. Tidak menjalankan kewajiban dan suruhan Allah, tetapi berjaya?  ISTIDRAJ. Nikmat yang Allah berikan kepada manusia yang mana pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya. Tetapi tidak akan membuat manusia lebih bersyukur, bahkan akan membuat manusia itu jauh daripada Allah. Apa kejayaan dengan cara ini yang kita mahu? Nauzubillah. Semoga kita diberikan nikmat kejayaan yang diredhai Allah. Subhanallah..
 
Untuk adik-adik, terutama yang merasa dirinya selalu gagal, jangan pernah berputus asa. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. "Kurang bijak" bukan alasan dan bukan punca kegagalan. Yang penting, DOA dan USAHA. Disebalik kejayaan itu pasti ada rahsianya. Andainya kita ditakdirkan mendapat keputusan yang cemerlang itu sebenarnya daripada ALLAH, dan seandainya ditakdirkan kegagalan, itu juga daripada ALLAH. TETAPI kita kena ingat, walau kita  cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya. Gagal atau lulus, Allah telah tetapkan rezeki masing-masing. Yang penting, kita sudah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang Allah kurniakan.
 
Dan, kegagalan kita yang sebenar sebagai seorang pelajar bukan bermula daripada kegagalan dalam peperiksaan, tetapi bermula apabila kita gagal menjadi pelajar muslim yang muslim. Kita gagal menjadi pelajar muslim yang belajar kerana Allah. Ada yang belajar bersungguh-sungguh tetapi solat ditinggalkan dan kalau yang wajib sudah ditinggalkan apatah lagi yang sunat. Ada juga yang solat tetapi sering melewat-lewatkan kerana lebih memilih untuk belajar dahulu. Sebagai orang Islam, kita ada kewajiban yang perlu dilaksanakan. Antaranya Rukun Islam yang kedua, Solat lima waktu sehari semalam. Hayya alal Falah, Marilah menuju kejayaan. Sekiranya seruan azan untuk menunaikan solat pun kita abaikan, bagaimana kejayaan itu kita mahu dapatkan. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan daripada Allah SWT.
 
Semuanya bermula dengan niat. Check niat kita belajar untuk apa. Sudah pastinya kita belajar "Lillahi Taa'la". Kalau niat kita betul, lulus atau gagal kita akan sentiasa bersyukur dengan Allah. Seandainya niat kita lain selain daripada untuk Allah, ubah niat kita, perbaharui niat kita kerana apapun yang kita lakukan di dunia ini semuanya kerana Allah. Kerana kewajiban kita sebagai hambanya untuk beribadat kepadaNya.
 
Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (Adz-Dzariyaat 51: 56)
 
Set niat kita belajar kerana Allah, laksanakan tanggungjawab kita sebagai pelajar islam yang islam, doa dan minta pertolongan daripada Allah, teruskan berusaha dan jangan pernah putus asa dan tawakal. Insya Allah, kejayaan yang sebenar milik kita.. Semuanya dengan Izin Allah SWT.... Insya Allah, Alhamdulillah, Subhanallah.. Allahu Akhbar...
 
::Nota Hati Seorang Pelajar yang pernah gagal... gagal menjadi pelajar Muslim yang sebenar..
 
-TQD ツv-



Tuesday, 3 November 2015

Hijab Muslimah

Hijab by Derry Sulaiman Ft Dodhy Kangen Band

Dengarlah duhai wanita
hidup ini sementara
semua pasti binasa
semua fatamorgana
Allah telah sempurnakan
kau terlahir ke dunia
begitu lembut tuturmu dan halus perasaanmu
dan halus perasaanmu
engkau sayang sayang sayang sayang insyaallah disayang
engkau cantik cantik cantik cantik jika engkau taat...

Maka hijabi dirimu
dimanapun kau berada
cantiklah di mata Allah
bukan di mata manusia
dan bersabarlah wanita
jadilah penghuni surga
semoga kita berjumpa
bersama berjumpa Allah
bersama berjumpa Allah
bersama berjumpa Allah
engkau sayang sayang sayang sayang insyaallah disayang
engkau cantik cantik cantik cantik jika engkau taat...

Maka hijabi dirimu
dimanapun kau berada
cantiklah di mata Allah
bukan di mata manusia
dan bersabarlah wanita
jadilah penghuni surga
semoga kita berjumpa
bersama berjumpa Allah... 

Maka hijabi dirimu dimanapun kau berada 
cantiklah di mata Allah bukan di mata manusia
dan bersabarlah wanita
jadilah penghuni surga
semoga kita berjump
bersama berjumpa Allah
bersama berjumpa Allah...


Perisai Seorang Muslimah

Dirimu Muslimah rupawan
Secantik bunga-bunga ditaman
Tidak memandang dan menjaga pandangan
Seindah mawar berduri dirimu menjadi perhiasan
Tetap anggun di sebalik perisai ketegasan...

Dirimu muslimah penawar kalbu
Begitu kuat daya tarikan yang ada padamu
Menumbuhkan hasrat yang didekatmu
Namun menusuk pedih setiap yang menyentuhmu
Kerana dalam indahmu tersimpan juga bahayamu...

Engkau perhiasan dunia
Zamrud hati kristal jiwa
Tidak mudah tergoda dengan kata-kata dan lirikan pria
Mencari ikatan dalam iman dan takwa
Kerana dirimu begitu berharga
Dahaga kepada keredhaan Allah dan pahalaNya...

-TQD ツv-

Tuesday, 1 September 2015

La Tahinu Qawi Lillahi Taala: Jawapan Kepada Persoalan

Sedetik dirasakan hati ini sudah cukup bersedia,
Sesaat diri ini merasa mampu melakukannya,
Seminggu sebulan aku mencuba terus mencuba,
Selamanya ak berharap untuk terus bisa buat sebaiknya.
Namun adakah fikiran membohongi hati atau sebaliknya,
Atau adakah hati mengelirukan akal untuk memikirkan sedemikian rupa.
Kerana hakikatnya hati ini masih lagi lemah,
Mengeluh bila kesusahan terserlah,
Berputus asa bila dilanda masalah,
Marah bila ada yang menegah,
Kecewa bila kegagalan menimpah,
Sehingga merasakan diri susah untuk terus istiqamah.
Lantas apa konklusinya?,
Lupakan masalah dan semuanya?,
Yakinkan diri aku boleh sebenarnya?,
Pujuk hati menerima kritikan yang melanda?,
Katakan pada diri ini semua tiada apa?,
Atau Patutkah aku berhenti setakat disini saja? 
-TQD ツv-

Thursday, 25 June 2015

Warkah Rindu Buat Sahabat

Buat Kawanku, Temanku dan juga Sahabatku...

Dengan izin Allah, kita bertemu & bersahabat.. susah senang bersama. ketawa menangis n layan stress pun together. walaupun kadang2 bergurau tahap boiling, tapi x pernah gaduh2, sbb kita kawan!!! hehe. Thanks 4 being my "sister long legs" n sifu dalam segala hal especially pelawak yang berjaya.. tq juga atas ilmu yang dicurahkan...akan dirindui saat2 belajar bersama etu..so, buat sahabat2ku, the 3 Nur, Nur Adibah, Nur Shatila & Nursyafiqah!!!!! Cahaya penyeri zaman belajarku.. hehe.. Sorry for anything, Thanks for everything... terima kasih kerana banyak membantu diriku ini sepanjang kita jadi housemates.. disebalik kejayaanku, ada kamu dibelakang aku.. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan sahabat2 seperti kamu.. yang sentiasa bersama ketika susah dan senang, bagi nasihat kalau aku alpa, jadi tisu aku, dan macam2 lagi la..  walaupun jauh, sentiasa gapai tanganku andai aku tersilap arah.. uhibbukum fillah.. 

Dengan izinNya jga, kita dapat akhiri status kita sebagai students Basc yang comel2 and officially graduated Mei lalu.... Congratulations to my SAHABATs, housemates, roomates, classmates, soulmates, sisters, etc..ALHAMDULILLAH, WE DID IT!!!!. extremely happy for us...Mabruk wa Syukran sahabatku... 
Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan.. masing2 dah habis study, so masing2 bawa haluan masing2..tapi sebab kita sahabat, still in contact lagi..hehe.. tapi sembang di SN x sama kalau jumpa face to face.. rindu nak gurau2 n belajar dgn korang semua.. 
Apapun, ikhlas dari diriku yang sangat merindui kalian, semoga kamu sihat2 n bahagia selalu.. semoga mendapat perkerjaan selepas ni.. semoga dimurahkan rezeki... dan semoga berjaya dunia dan akhirat.. 
Jauh dimata, tapi dekat fi qolbi.. <3 <3 <3... sahabat selamanya, 3 Nur,  Nur Adibah, Nursyafiqah & NurShatila.. Lagu ni ditujukan buat anda bertiga.. korang adalah sahabat yang terbaik and thanks for the friendship we share..Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus kekal mewangi hingga ke syurga Allah.. Amin.. :')
Salam rindu...


Thank You

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too
Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you
Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the never ending support you always give me
Oh friend...oh...
I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better 
Thank you for everything
Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend
Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you
Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you
Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you

Sunday, 14 June 2015

Novel Reviews



KERANA TERLUKA BY AIDA ADRIANI

Pengorbanan seorang anak & isteri..kasih ibu dan kasih isteri..
Suami: Cinta bukan matematik.. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah, tapi satu cinta bahagi dua akan jadi satu..
Isteri: Itu formula cinta lelaki. Bagi perempuan, kalau hati dibahagi dua bukan ja jadi separuh, tapi pecah beribu... 

Kedudukan di dunia bukan ukuran untuk kemegahan di akhirat. Walau kaya yang tidak terhitung, jangan kerana itu kita jadi perosak rumahtangga insan lain. Walau kedudukan
sebagai ibu, tidak sewajarnya menghukum anak yang ingin bahagia dengan berbagai tuntutan dan ugutan.

Cinta memerlukan pngorbanan, tp sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila2.. Best novel ni.. Bnyak santapan rohani..


MENTARI CINTAKU BY ENY RYHANNA

Mentari Cintaku by Eny Ryhanna.. disaat disuruh memilih ibu atau anak, x sgka c ayah yg pergi.. mudahnya air mata kluar bca novel ni.. Hargailah cinta selagi ada ayat kita.. trbaik novel ni wlupun masi ada y prlu diprbaiki trutamanya ttg ikhtilat yg prlu dijaga sblum brnikah. apapun, yg baik jadikan tauladan, yg kurang baik jdikan pgajaran...  ツv



MUSAFIR PERINDU BY ANNUR IMAN

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu..." -Imam Nawawi-Baru abiz baca... TERsgt TERamat best.dri 1st page smpai last page mmg x bosan baca. novel ni bkn ja psal cinta sesama mnusia tp cinta kpd Allah...dakwah..amanah..pengorbanan..Ajal..maut...Istikharah.. kerjasama...kejayaan.etc.. Byk ilmu y didapat. byak kata2 y beri manfaat. byak nasihat y berguna. Input mencurah2.. wlupun ada skit ksilapan tknikal dlm pnggunaan nma watak, novel ni tetap TERBAIK.. 5/5 Star!


SETENANG CAHAYA HATI BY SALINA IBRAHIM


"Ini kisah org y ingin hidup berjasa..mungkin hanya kisah biasa..tp x mustahil ada y luar biasa dalam kisah biasa ini..". Baitul Sakinah...bukan sekadar rumah tetapi kediaman yg menawarkan ketenangan untuk menuju kepada CintaNya... Milik siapa hati Aida Nurani??? Iqbal? Dr.Budi? Alif Hussein?. Kadangkala kita perlu ikut kata hati.... Done wt ths novel!!! best!!! byak pnjrn y didapat... 


SEINDAH MAWAR BERDURI BY FATIMAH SYARHA

"Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…” Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri...sgt3 best.


HATIKU MILIKMU BY FATIMAH SYARHA


Novel ni pun best... sgt2 best.. Kita hanya mampu merancang tp Allah yg menentukan.. jodoh ketentuan Allah.. Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita... <3


BUKAN MAKSUM BY FAIZAL YUSUP


Novel ni pun best... mcm2 prsn tmbul bila baca novel ni... happy..bahagia...sakit hati... sedih... n memotivasikan diri jga. Pengajaran pun byak... tp ending mmg sedih.... x sangka ending mcm tu... rugi x baca... v^^v... 5Star...


MENGINTAI CINTA KHALIFAH BY A.UBAIDILLAH ALIAS

Klu dah jodoh, tak kemana... Besttt .. ^^v

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA BY A.UBAIDILLAH ALIAS

Mula2 dulu, tgok drama warkah cinta berbau syurga kat Tv Alhijrah.. best jga.. pastu baru ada kesempatan baca novel ni.. perasaan bila tgok & baca tu x sama.. why?? kena baca dulu la.. apapun, novel ni pun terbaekkk and bnyak pengajaran jga... ^^

SALJU SAKINAH BY ZAID AKHTAR

"Novel ini menyediakan suatu ruang untuk pembaca mengenali diri, mengenali manusiawi, mengenali Ilahi dalam jalur jujur, dalam jalur luhur.." sda dibaca...TERsangat Best!!! -5Star- v^^v



-Jauh beza bila baca novel islamik dgn novel yg hanya berkisar ttg cinta manusia semata2.. kadang2 tajuk nmpak mcm islamik, tp isi didalam tak mencerminkan tajuknya.. apapun, yg baik itu jadikan tauladan & yg kurang baik itu jdikan smpadan n pengajaran.. Mencari santapan ilmu & santapan rohani, bacala novel2 ni.. Insyaa Allah, bermanfaat... ツv

Wanita Solehah Tidak Memandang & Tidak Dipandang