Kerana seorang Insan,
Aku menyisihkan teman,
Hanya kerana dia aku berkorban,
Namun kini ianya hanya satu penyesalan.
Kerana seorang Insan,
Aku ditinggalkan teman,
Kini aku hidup tidak berteman,
Kerana seorang Teman,
Aku mula diberi kesedaran.
Aku mula diberi kesedaran.
Aku ditinggalkan oleh seorang insan,
Aku ditinggalkan oleh seorang teman.
Aku ditinggalkan oleh seorang teman.
Kerana seorang Teman,
Kini ku tahu bezanya dengan kawan,
Seorang teman kalau pahit tidak ditelan,
Seorang teman kalau pahit tidak ditelan,
Seorang kawan walau sakit tetap ditahan.
Kerana seorang Kawan,
Seorang insan dan teman dijadikan kenangan,
Kini tiada lagi kesedihan,
Yang ada hanya kegembiraan.
Kerana seorang kawan,
Aku belajar memahami erti persahabatan,
Aku belajar memahami erti persahabatan,
Sehingga hujung nyawa takkan kulupakan,
Semoga hubungan itu tetap berkekalan.
Ini kisah bukan tentang bulan,
Ini kisah bukan tentang bulan,
Ini kisah seorang insan,teman dan kawan,
Tsamarotulqolbi menceritakan,
Semoga kalian mengerti apa yang ku sampaikan.
##Kerana seorang insan, aku kehilangan teman, tetapi kawan tetap setia
disisi. Agak susah untuk difaham. tapi tidak mengapa. Suatu hari nanti
akan aku ceritakan sehingga kau mengerti siapa itu insan, teman dan
kawan.~~ :)
Tweet
0 comments:
Post a Comment