Friday, 1 March 2013

Mencari Redha Allah

Hijrah Muslimah
 
Setiap orang tak lepas dari membuat kesilapan. Begitu juga diri ini. Sejujurnya diri ini juga dikategorikan dalam golongan yang sama yang pernah membuat kesilapan. Kesilapan di masa lalu yang sampai sekarang memberi kesan kepada diri ini.
Kadang-kadang kita buat satu benda tanpa berfikir panjang apa akibatnya. Tetapi kita perlulah berdamai dengan masa lalu dengan sebaik-baik penerimaan. Kupu-kupu yang kita lihat cantik pada hari ini adalah ulat di hari kelmarin. Yang sudah berlalu biarkan ia berlalu, yang baik jadikan tauladan dan yang tak baik jadikan pengajaran. Setiap insan ada hak untuk berubah. Berubah menjadi lebih baik dan ke arah kebaikan. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun.Kalau niat kita ikhlas ingin berubah, Insyaallah Allah pasti menuntun langkah kita. Berdoalah kepadaNya, semoga Dia mempermudahkan jalan kita untuk berubah.
Jahillyyah,
Kau rebahlah,
Aku ingin menuntun hijrah,
Aku mahu memangku dakwah,
Perjalanan ini semuanya berhikmah,
Bumi ini tempatnya tarbiyyah,
Aku ingin terangi kalam fitrah,
Izinkan aku terus mengenal Allah.
##Setiap saat periksa niat. Niat itu biarlah Hanya Kerana Allah. Insyaallah, Kita mendapat Redha Allah. :) ~~

0 comments:

Post a Comment